1. PENDAHULUAN Perkataan Jihad adalah kalimah bahasa Arab yang telahpun diserap ke dalam bahasa Kebangsaan. Fonatik kalimah ini sangat ringkas dan mudah. Namun begitu masyarakat awam mempunyai persepsi dan pemahamannya yang tersendiri terhadap Jihad. Umumnya ramai yang memahami Jihad sebagai suatu aksi yang dikaitkan dengan perjuangan dengan menggunakan senjata dan secara fizikal semata-mata. Kalimah Jihad semata-mata hanya disinonimkan dengan beberapa aksi yang bersifat kekerasan dan begitu drastik, melibatkan senjata api dan berlaku pertumpahan darah atas dorongan untuk mendapatkan Syahid. Pastinya tidak ramai yang menyedari bahawa pegangan sesetengah mereka yang fanatik dan buta ilmu terhadap istilah jihad membawa kepada tercemarnya istilah suci jihad itu di mata orang Islam dan juga bukan Islam. Dari sudut bahasa, Jihad berasal daripada kalimah “al-Juhd” ( ), yang bererti keberatan dan kesusahan. Dipandang dari sudut ini, maka Jihad bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah, keredhaan dan rahmatNya. Dalam pengertian yang lain, Jihad adalah mencakupi suatu usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara: alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Jihad menurut al-Quran adalah umum dan menyeluruh, iaitu merangkumi semua aspek daya dan tenaga kemampuan dan kekuatan seseorang Islam dalam menghadapi musuh-musuhnya demi untuk mencapai cita-cita yang digariskan oleh al-Quran. “Musuh-musuh” yang dimaksudkan di sini adalah meliputi musuh dalaman manusia iaituSyaitan berupa manusia dan juga Jins yang kerap menggoda nafsu manusia dalam bentuk zahir ataupun batin. Dalam al-Quran, penegasan mengenai kefarduan Jihad terdapat dalam berbagai ayat. Di antaranya menyentuh Jihad berbentuk suruhan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah (keupayaan melawan hawa nafsu), memperkaya ilmu, menggunakan al-Quran sebagai makanisma untuk menegakkan kebenaran, pengorbanan harta dan juga berbentuk pengorbanan jiwa. 3. JIHAD SEBENAR DALAM ISLAM Berdasarkan nas-nas al-Quran terdapat dua pembahagian besar terhadap Jihad, Pertama; Jihad Agung( ) iaitu Jihad ke atas nafsu serta menentang tipu daya syaitan. Kedua; Jihad Kecil ( ), iaitu meliputi bentuk-bentuk Jihad yang lain seperti Jihad dengan hati (berdoa), Jihad dengan lisan (nasihat dan tutur kata) atau kalam (penulisan), Jihad dengan ilmu dan pelajaran (memberi pengetahuan), Jihaddengan harta (infak dsb.) dan seterusnya Jihad dengan tubuh badan dan nyawa. Jihad nafsu bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dan mensucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Ringkasnya ia merupakan Jihad untuk mentaati Allah, tunduk kepada perintahNya sepanjang masa. Ia dianggap Jihad Agung kerana luas medan perjuangannya yang tidak terbatas dan terhad bagi menangkis musuh yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Sebagaimana yang dijelaskan di atas bahawa Jihad yang paling tinggi ialah Jihad melawan nafsu. Jihadmelawan nafsu meliputi kesanggupan kita bersabar terhadap segala kesulitan dan cabaran-cabaran getir dalam menjalankan dakwah semata-mata kerana Allah S.W.T. Termasuk juga Jihad melawan nafsu adalah Jihad melawan syaitan. Menurut Ibn Al-Qaiyim, hal ini dapat dilakukan dengan dua cara, iaitu, Pertama: dengan cara menolak bisikan yang dilemparkan ke dalam hati, sama ada perasaan waswas, syak wasangka atau keraguan yang menggoyahkan keimanan. Kedua: dengan melawan bisikan syaitan di dalam hati yang sentiasa mengajak melakukan perbuatan maksiat dan mungkar. Untuk melawan kedua-duanya ini hendaklah iman diperkukuh dan sentiasa sabar dan menahan diri. Dalam hubungan ini, Jihad Agung iaitu melawan dan menundukkan nafsu yang bersarang dalam hati lebih diutamakan daripada Jihad melawan musuh yang berbentuk luaran. Apabila gagal menundukkan nafsunya untuk berbakti kepada Allah S.W.T., tidak mungkin baginya berdaya memerangi musuh yang berada di luar, kerana ia masih terkongkong oleh nafsunya sendiri. Al-Qhardawi menjelaskan bahawa pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan insan adalah lebih utama dalam melaksanakan Jihad. Tarbiyah dan pembinaan yang dimaksudkan ialah pembangunan insan mukmin yang mampu dan sanggup membawa beban dan tugas dakwah, tidak bakhil harta dan jiwa serta teguh dalam menghadapi setiap dugaan dan cubaan yang dilaluinya, demi menegakkan kalimah Allah S.W.T. Ibnu al-Qaiyim menjelaskan bahawa termasuk Jihad melalui bidang ilmu ialah dalam aspek pembabitan kita dalam aspek-aspek perancangan, termasuk menyediakan perancangan berstrategik, pelaksanaan dan sebagainya. 4. JIHAD DENGAN SENJATA Perinsip umum Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian daripada peperangan. Islam menganjurkan semua manusia terutama pemeluk-pemeluknya supaya sentiasa menjaga keamanan dan berbaik-baik kepada semua bangsa dan penganut agama lain, kecuali kedudukan Islam terinaya atau terancam. Firman Allah S.W.T. dalam Surahal-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud; “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”. 5. KEFAHAMAN JIHAD DI MALAYSIA Kebanyakan mereka yang terjebak dengan gerakan jihad di negara kita sama ada secara sedar atau tidak sedar telah dipesongkan pegangan mereka mengikut pengertian yang amat sempit dan menyeleweng dari segi ajaran Islam yang sebenar. Mereka yang terpengaruh itu sering kali terperangkap dengan gerak saraf secara halus oleh musuh-musuh Islam atau mereka yang menjadi kuda tunggangan musuh-musuh Islam dengan tujuan untuk menghuruharakan atau menggugat negara yang setabil, aman dan sejahtera. Dari tinjauan yang telah dibuat melalui akhbar dan media massa didapati mereka yang terjebak dengan gerakan jihad militan ini adalah terdiri daripada mereka yang jahil mengenai pengertian sebenar tentang istilah ‘jihad’ atau mereka berpegang pengertian ini secara menyeleweng. Kedapatan juga mereka yang terlibat dengan gerakan jihad ini terpengaruh dengan gerakan jihad yang berlaku di luar negara seperti di Palastine, Bosnia dan sebagainya. Mereka menganggap suasana di luar negara yang menindas dan membunuh orang-orang Islam di sana adalah sama keadaannya dengan Malaysia yang mendesak mereka atau menuntut mereka untuk berjihad. Tanggapan atau perbandingan mereka amat jauh terpesong dengan ajaran Islam yang menyuruh mereka berjihad kerana di Malaysia tidak ada suruhan membunuh orang-orang Islam yang lain dan pihak pemerintah senantiasa menggalakkan berjihad dalam ertikata yang lebih luas. Satu lagi bukti pegangan salah oleh mereka yang terjebak dengan apa yang dinamakan gerkan jihad di Malaysia ialah kepercayaan dan pegangan mereka bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam. Kepercayaan yang mereka pegang ini hasil daripada didikan dan momokan yang begitu lama oleh pihak-pihak tertentu yang membentuk minda serta keimanan mereka bahawa gerakan perlu dibuat untuk menubuhkan sebuah negara Islam mengikut acuan dan impian mereka. Kepercayaan dan pegangan mereka ternyata salah dari segi siasah dan keputusan-keputusan serta pengiktirafan dunia Islam yang meletakkan Malaysia adalah sebagai sebuah negara Islam. Pengiktirafan tersebut bukan sahaja terbatas oleh dunia Islam tetapi ia juga diiktiraf oleh ulamak-ulamak di negara ini yang tergolong daripada mereka yang tidak ada kepentingan tertentu yang mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebagai sebuah negara Islam yang telah memenuhi syarat dan kriteria yang dikehendaki oleh para fuqaha’ (ahli-ahli fiqah) yang mu’tabar. Dari itu gerakan jihad untuk menentang Kerajaan sekarang ini adalah tidak benar dan salah dari segi syarak serta kehendak-kehendak Islam. Ini adalah kerana pemerintah yang ada sekarang senantiasa berusaha dan telah terbukti memajukan Islam. 6. KESIMPULAN Dari perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa beberapa jihad yang penting hendaklah diutamakan seperti jihad menentang hawa nafsu dan syaitan, jihad menuntut ilmu dan memerangi kejahilan, jihad membanteras kemiskinan, masalah gejala sosial dan sebagainya. Gerakan jihad bersenjata bagi memerangi Kerajaan pada masa ini tidak menepati syarat dan tidak langsung mengikut kehendak-kehendak Islam. Waktu yang aman dan sejahtera yang ada pada kita hendaklah diisi dan seterusnya memerlukan kita berjihad bagi membangunkan ummah, memerangi kemiskinan, kejahilan dan penyakit serta membanteras penyakit-penyakit sosial. Kewajipan dan tanggungjawab juga terletak dibahu kita semua bagi menjaga kesejahteraan negara dari kekacauan dan huruhara serta mempertahankan kesucian agama kita dari mereka yang cuba untuk menyelewengkannya dari tuntutan yang sebenar.AKIM
2. TAKRIF JIHAD
Firmam Allah dalam Surah al-Haj, ayat 39-40, bermaksud;
“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”.
“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana berkata: Tuhan Kami adalah Allah”.
Berdasarkan nas-nas al-Quran di atas adalah jelas bahawa jihad dengan menggunakan senjata mestilah menepati syarat-syarat yang ketat dan bukti-bukti yang jelas seperti kita boleh menentang mereka yang memerangani atau menghalau kita dari tanah air kita yang dicintai.
Friday, November 26, 2010
PENJELASAN MENGENAI JIHAD
Posted by kim_smartz at 4:24 AM 0 comments
Thursday, March 18, 2010
aL-hiDaYAH

assalamualaikum......
al-hidayah adalah salah satu dari hasil kerjaya saya yg berkonsepkan dakwah islam untuk santapan anda.Al-hidayah juga adalah satu artikel yg patut diambil pengajaran .Ia juga merupakan santapan ilmu.
aL-hiDaYAh version1:

seorang guru tadika ingin mempengaruhi murid-muridnya untuk tidak mempercayai tuhan....
beliau mencari akal untuk mempengaruhi murid-muridnya.....
akhirnya beliau mendapat satu akal....
beliau pun mengeluarkan sebatang pen dari kocek nya.....
guru:murid2....nampak x pen??
murid:nampak!!!
guru:pen ada x??
murid:ada!!!
lalu cikgu tersebut telah memasukkan pen itu ke dalam kocek bajunya.....
guru:murid2....nampak x pen???
murid:x nampak!!!
guru:pen ada x????
murid:x ada!!
guru:murid2...nampak x tuhan??
murid:x nampak!!!
guru:tuhan ada x??
murid:x ada!!!
guru tersebut gembira kerana beliau telah menghasut murid2nya...
namun...
ada seorang murid yg bijak yg bernama amin....
amin:cikgu!!!saya ingin bercakap cikgu......
guru:silakan amin....
amin:kawan2...nampak cikgu x???
murid:nampak!!!
amin:cikgu ada x???
murid: ada!!!
amin:nampak otak cikgu x????
murid:x nampak!!!!
amin:cikgu ada otak x??
murid: x ada!!!!
Posted by kim_smartz at 7:09 AM 0 comments
Tuesday, December 22, 2009
Bukit Merah Homestay Tropicana Apartment
| Monthly rent: RM 180 | Bedrooms: 3 | |
| Type: Apartments, For Rent | Size: 850 sq.ft. | |
| Furnished: Fully furnished | ||
| Facilities: Swimming pool, Gymnasium, Tennis court, Mini market, Playground, Balcony/Patio, Cable TV | ||
| Anjung Mardhiah Homestay ( berhampiran Kolej Jururawat Bukit Merah) Kemudahan homestay yang selesa dan nyaman. sesuai untuk keluarga 6 - 9 orang. Kemudahan : 3 bilik tidur ( bilik tidur utama berhawa dingin ) kemudahan tilam tambahan disediakan. Ruang tamu berhawa dingin TV 32 inci(LCD) dengan kemudahan Astro ( pakej sukan ) 2 bilik air lengkap dengan pemanas air ( bilik air 1 dalam bilik tidur utama. Mesin basuh peti sejuk Kemudahan memasak disediakan lengkap dangan bahan asas dan pinggan mangkuk serta kuali dan periuk. Pembakar roti dan periuk nasi disediakan. Tuala , cadar dan selimut disediakan. Untuk tempahan hubungi : Pn Normala : 0134129265 En Mohamad : 0195972902 harga boleh dirundingkan 'BERJIHADLAH MELALUI PERNIAGAAN,SESUNGGUHNYA 9/10 REZEKI ITU MELALUI PERNIAGAAN' |
Posted by kim_smartz at 11:15 PM 0 comments
Perintah solat lima waktu peristiwa besar Israk, Mikraj
IMBAUAN peristiwa Israk dan Mikraj menjelma setiap kali tiba tarikh 27 Rejab. Rentetan peristiwa itu wajar dihayati kerana ia bukan sekadar mengisahkan perjalanan Rasulullah SAW tetapi adalah pengalaman bermakna dalam kehidupan peribadi Baginda sendiri. Israk dan Mikraj adalah peristiwa besar yang mengandungi hikmah agung menunjukkan kekuatan Allah mencipta alam ini. Al-Quran mengabadikan peristiwa itu dalam surah al-Isra’ dan an-Najm. Ia membuktikan impak sebenar peristiwa itu yang membenarkan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan tidak mengehadkan risalah (al-Quran) yang dibawa Baginda diturunkan kepada bangsa Arab semata-mata. Pemilihan Baginda SAW bagi mengesakan Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj adalah suatu penghormatan besar yang diberikan Allah kepada seorang Nabi yang juga Rasul terakhir. Perjalanan Rasulullah SAW dalam peristiwa itu mencabar pemikiran manusia secara keseluruhannya. Hanya manusia yang beriman dan meyakini kekuasaan Allah saja yang dapat menerima kejadian itu sebagai kebenaran dan lambang kekuasaan Allah. Namun tidak kurang pula yang menolaknya mentah-mentah kerana apa yang berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj tidak masuk dengan logik akal manusia secara lazim. Peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj yang berlaku setahun sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah dianggap peristiwa penting kepada seluruh umat Islam. Ada sedikit khilaf dalam menentukan tarikh sebenar, tempat, bulan dan malam berlakunya peristiwa itu, tetapi ia tidak mematahkan keyakinan mukmin untuk menerima kebenaran peristiwa berkenaan. Ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya adalah kafir. Ini jelas dinyatakan dalam firman Allah Taala yang bermaksud: “Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Surah al-Isra’, ayat 1) Daripada riwayat sahih, diceritakan mengenai beberapa kejadian yang berlaku kepada Rasulullah SAW sebelum Baginda SAW dibawa berjalan dalam Israk dan Mikraj. Diceritakan Baginda SAW dibawa malaikat Jibril dari rumahnya ke Baitul Muqaddis. Bersama Jibril, ada bekas (bejana) yang mengandungi hikmat dan iman, lalu dimasukkan ke dalam tubuh Rasulullah SAW apabila selesai proses membelah dada dan penyucian hati dengan air zama-zam. Kemudian, Allah membawa satu makhluk lain yang panjang dan berwarna putih serta boleh melangkah sejauh mata memandang yang dinamakan buraq. Lalu Rasulullah SAW ditemani Jibril berangkat (Israk) ke Baitul Muqaddis menaiki Buraq. Dari Baitul Muqaddis, Baginda SAW kemudian Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh. Allah memperlihatkan pelbagai kejadian aneh dan pelik kepada Rasulullah SAW sepanjang perjalanan sebagai gambaran balasan kepada hamba-Nya yang berbuat kebaikan dan kemungkaran sepanjang kehidupan di dunia. Peristiwa paling besar dan penting diterima Baginda SAW ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu. Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik menerima perintah itu, tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi. Pada ketika itu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu. Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa berkata: “Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan umatmu ya Muhammad.” Rasulullah SAW dan Jibril kembali menghadap Tuhan. Selepas dipohon keringanan itu, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali. Apabila berjumpa dengan Nabi Musa kembali, dia meminta Rasulullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi. Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu saja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah. Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi lima waktu saja, namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadat solat 50 waktu. Banyak lagi peristiwa yang diperlihatkan Allah kepada Rasulullah SAW sepanjang peristiwa mikrajnya ke langit. Semoga kita dapat bermuhasabah diri, merenung, menghayati dengan sebaiknya dan mengambil iktibar daripada peristiwa itu pada bulan Rejab yang mulia ini.
Posted by kim_smartz at 9:09 PM 0 comments
Amalan paling utama~berdasarkan hadis rasullullah s.a.w dan firman ALLAH
"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.tSahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t.iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima" Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: "Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah.Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w." Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ? Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya * Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah(dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157. 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:
Posted by kim_smartz at 9:00 PM 0 comments








